Wednesday, November 17, 2004

cahaya kasihmu 3

“Assalammualaikum.”dia amat mengenali suara memberi salam itu.Dipusingnya kemuka pintu.

“Waalaikummusalam.”

“Maaf bang,Rya lambat sikit hari ni.Ada hal sikit dengan U.”dia terlepas cakap.

“U?Rya nak sambung belajar balik ke?”soal Arzan,terkejut menerima berita itu.Rya tidak pernah menyentuh soal itu selama ini.Ada yang cuba disembunyikan Rya darinya.Dia tahu,dia dapat merasainya.

“U?!”terkejut Rya bersuara.Aku tercakap ke?Bodoh!Kutuknya dalam hati.

“Rya kata U ke tadi?”soalnya.Dia tersenyum cuba menutupi kesilapan sendiri.
Em..”angguk Arzan wajahnya bertukar serius.Direnungnya Rya,menjadikan gadis itu serba tidak kena.

“Jangan pandang Rya macam tu.”Rya ingin bangun,tapi cepat Arzan menarik tangannya.

“Rya tau kan,Rya tak boleh berbohong dengan abang.Cakap,apa halnya.”desak Arzan. Selama ini Rya tidak pernah menyatakan hasrat untuk sambung belajar.Dulu lepas dapat ijazah katanya boring nak belajar lagi.

“Tak adalah.Rya temankan kawan aje tadi.Katanya nak sambung belajar lagi.Rya temankan dia ke UKM.Katanya nak ambil borang buat master pulak.”ujar Rya.Dia melarikan diri dari berhadapan dengan Arzan.Dia tahu Arzan akan tahu dia berbohong kalau dia berhadapan lelaki itu.Itulah kelemahannya,dia tidak boleh berbohong depan Arzan.

“Ok,kalau Rya cakap macam tu abang percaya.”ujar Arzan.Dia terpaksa percaya walaupun tidak sedikit pun dia mempercayai kata kata Rya.Dia tahu gerak geri Rya.Dan hatinya yakin,ada sesuatu yang disembunyikan Rya.
Telefon bimbit Rya berbunyi nyaring menandakan ada mesej yang sampai.

“Abang,Rya nak jumpa Taufiq kejap.Sekejap aje,nanti Rya datang balik.”ujar Rya setelah membaca mesej Taufiq.Ada perkara yang ingin disampaikan Taufiq.Mungkin berita gembira.Dia pernah meminta bantuan Taufiq untuk mencari rumah diIreland.Papa berjanji akan membeli sebuah rumah pilihannya disana.Kebetulan Taufiq pernah tinggal disana dan ramai kenalan.


“Wah!Cantiknya rumah ni.Besar tak Fiq?”soal Rya.Kagum melihat keindahan rumah yang dicadangkan Taufiq.Pemiliknya mengirimkan gambar gambar tersebut dan nyata ia sebuah rumah yang comel dan cantik.

“Kalau ikut kat Malaysia ni lebih kurang besar apartment agaknya.”jelas Taufiq.Dia gembira Rya suka dengan pilihannya itu.Puas dia memujuk temannya Mattew untuk mencarikan sebuah rumah yang comel.Bila diberitahu Rya bakal isterinya barulah Mattew bersetuju.

“Kenapa Fiq senyum lain macam aje?Tau tak,macam orang miang aje.”kutuk Rya. Geli hati dia melihat Taufiq tersengih sengih begitu.

Tertawa Taufiq mendengar kata kata Rya itu.“Tau tak,mula mula Mattew tak nak tolong tau,lepas tu Fiq merayu dekat dia,Fiq kata Rya ni bakal isteri Fiq.Barulah dia tolong tau.”

“What!Bakal isteri!Siapa nak dekat Fiq tu?”usik Rya.Tahu sangat perangai Taufiq yang suka menyakatnya.

“Iyalah tu.Eh,bila Fiq nak belanja Rya ni?Nanti bila Rya dah kesana nanti tak dapat jumpa padan muka.”

“Fiq tak kisah,sekarang pun boleh.Rya tu yang busy sangat dengan Arzan tu.”dia mencebikkan bibir.

Tiap kali dia mempelawa Rya keluar pasti alasannya sibuk nak jaga Arzan.Macamlah jururawat tak boleh jaga Arzan tu.Terbetik juga iri hati dalam dirinya.

Kadangkala dia tidak memahami hati gadis itu.Berkali kali dilukai Arzan dia masih boleh berbuat baik pada Arzan.Segala galanya dilakukan dengan penuh keikhlasan tanpa ada rungutan.

“Hari ni tak boleh.”

“Hah!Kan Fiq dah cakap.Mesti Arzan dah tunggu lah tu.”dia bersuara,seakan kecil hati dengan sikap Rya yang liat sangat nak tinggalkan Arzan.

“Bukan,Rya tak nak hari ni sekejap aje.Rya nak Fiq ambil cuti satu hari dah kita ronda ronda sehari tu.Barulah best.”dia tersenyum.

Dia tahu Taufiq pemurah orangnya.Malahan sewaktu diLondon dulu dia yang banyak membawa Rya berjalan jalan,sementelah auntie Mirla sibuk dengan restorannya.Beratus dollar dihabiskan untuk meraikan Rya walaupun waktu itu mereka baru seminggu dua berkenalan.

“Okey,kalau macam tu apakata lepas Arzan keluar nanti.Lepas tu tak adalah Rya risau nak balik cepat.”

“Eh,kan Rya dah cakap,masa abang Arzan keluar Rya dah terbang.”dia mengingatkan Taufiq.

“Sebut pasal Arzan..,dia dah tahu ke Rya nak ke Ireland futher study?”soal Arzan.Dulu dia pernah melihat air mata gadis itu tumpah kerana lelaki bernama Arzan.

Sejak di London dulu dia cuba mencungkil rahsia itu,setelah hampir dua bulan mereka berkenalan,barulah Rya menceritakan kisah hubungan mereka itupun setelah puas dia mendesak.Bukan sekali dua air mata gadis itu tumpah kerana Arzan tapi beribu kali.Dia menyaksikan kesetiaan seorang gadis yang buat pertama kali ditemuinya dibumi asing.

Pertemuan mereka berlanjutan,dia menjadi tempat Rya menceritakan segala galanya. Kesedihan di tinggalkan dan paling penting Arzan tidak lagi mempercayainya.

Arzan sangsi dengan dirinya.Tidak ada lain yang paling menyedihkan selain tidak dipercayai orang yang paling kita sayang.Itulah kata kata yang diucapkan Rya sambil menangis teresak esak dibahunya.Dia juga menjadi tempat Rya mengadu bila dikenakan Syikin berkali kali.

“Tak,lagipun nak buat apa.Cukuplah Fiq sorang aje yang tahu.”dia tersenyum manis. Sudah tiba masa rasanya dia menerima hakikat itu.Kini dia tidak lagi menaruh perasaan pada Arzan.

“Wah!Kalau macam tu banggalah Fiq ye.”usik Taufiq.

“ Mestilah,bukan semua orang boleh tahu perkara ni tau.”
“Iyalah tu.”Taufiq mencebik.Lapang hatinya bila berhadapan dengan gadis itu.Walaupun dirundung kesedihan Rya sering ceria dan bersemangat.Hati yang gundah pun akan gembira bila berhadapan dengan Rya.Hilang susah bila bersama gadis itu.Bodohlah Arzan kerana meninggalkan gadis sebaik itu.Tak mungkin akan ada gadis seperti Rya.